Saturday, December 28, 2013

Pendapat ini saya harap boleh berkongsi dengan semua orang tak kira muslim ataupun cina.

Pendapat ini saya harap boleh berkongsi dengan semua orang tak kira muslim ataupun cina. Masa Felixia start berpakaian hijab, mulalah ada orang cina yang menghalang, memberi komen yang sangat negatif. Dan para muslim mungkin akan rasa kenapa mereka ni nak menentang Islam, atau nak menghalang gadis ini untuk "bertaubat". Para muslim boleh bayangkan kalau ada gadis Melayu muslim yang nak "murtat" dan masuk Buddha, apa perasaan anda? Sama bagi orang cina, kenapa kita boleh menjadi baik dengan banyak cara TAPI kenapa nak pilih ikut cara Islam? <--- Ini yang akan keluar dalam fikiran. Dan semua orang Malaysia tahu dalam negara ini Melayu boleh diletakan tanda '=' dengan muslim. Bagi orang cina, Melayu selalu diberi hak istimewa yang 'melampau' sehingga kami menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada orang Melayu. Dan mula cina-cina ada perlakuan, permikiran nak reject Melayu. Segala berkaitan dengan Melayu, kami cuba nak membezakan diri daripadanya. Dan dalam tu, Islam turut direject sebab 'Islam=Melayu', padahal BUKAN. Kalau para muslim nak tahu, dalam ajaran Buddha juga badan kata dinasihat agar menutup badan supaya orang lain tidak menimbul perasaan "berzina". Dan perempuan itu dah kira "dosa" jika menyentuh statement di atas. Dan Buddha paling mementingkan adalah peningkatan perwatakan individu seseorang. Bukan cara pemakaian, bilangan dia "solat". Buddha percayakan 因果, segala perlakuan dibalas, dan tidak boleh dihapuskan, xkira "dosa" atau "pahala". Dan tiada Tuhan maha kuasa dalam concept Buddha. Kalau muslim, dia mesti mahu semua orang masuk Islam, sebab yang dikatakan cuma Islam satu2 agama yang betul. Tapi sami2 di merata-rata dunia akan kata kalau kamu muslim, ikutlah ajaran Islam dengan baik. Tidak akan sesekali pun mereka komen atas agama lain. Mereka percaya Islam tu baik, tapi Buddha juga baik. Ikut yang mana kamu berada. Cuba bayangkan kalau semua buddhist mengajak muslim masuk Buddha, apa akan terjadi? Buddha mengajar agar tidak membunuh apa-apa, makanan cuma daripada tumbuhan, tidak boleh minum arak. Cuma kebanyakan cina tidak mempunyai agama, memang tidak mempunyai apa2 agama. Cuma masa orang tanya, mereka pun jawab lah apa2 saja tapi xkan nak jawab Islam. Saya suka muslim yang ikut ajaran Islam, mereka sangat baik. Saya juga asyik nak tahu lebih banyak tentang Islam. Saya selalu tanya pasal benda Islam dengan kawan saya, selalu tu TIAP2 hari masa di sekolah. Tapi saya seorang buddhist. Pernah anda buat macam tu? Bolehkah anda buat macam tu? Bagi saya, akan mula orang kata: bahaya tu! Ramai juga sami yang mati dan tidak reput selepas seratus tahun, dan mereka mati masa meditation. Kalau mayat mereka diletakkan dengan posisi itu, kekallah sampai bila2. Adakah "Allah" mengasihi sami2 yang tidak beragama Islam ini? Dan kenapa saya tahu persamaan ini? Padahal ramai cina kononnya buddhist tidak tahu ada sami begini. Saya tak percayakan kewujudan mahkluk yang cipta segala-gala benda di alam ini. Tapi kalau saya tukar pendapat ini, Islamlah agama satu-satunya yang akan saya peluk. Balik kepada tujuan asal, saya nak minta maaf bagi pihak cina-cina yang mengeluarkan kata2 yang menyakitkan mana-mana pihak. Sebab tindakan mereka memang bersalah. Saya cuma nak semua orang bertimbang rasa, dan berfikir demi orang lain. Dan saya harap Felixia boleh pilih mana-mana jalan asalkan jalan yang baik. Amitabha.

No comments:

Post a Comment